Monday, 26 September 2011

My Library



UP : GURU MEDIA

Tuan/Puan,


My Library ( Perisian Automasi Pusat Sumber )

Merujuk kepada perkara di atas.

Kita telah sedia maklum bahawa pihak pentadbiran sekolah bertanggungjawab di dalam memastikan segala urusan dan hal-ehwal sekolah berjalan dengan baik dan lancar. Dalam pada itu, kebanyakkan sekolah sekarang ini sedang berlumba-lumba untuk memperkembangkan keupayaan dan kemudahan ICT mereka bagi meningkatkan produktiviti dan menjimatkan masa bekerja.

Sudah menjadi lumrah di mana setiap guru perpustakaan sekolah dikehendaki untuk mengemaskini data / maklumat buku, pinjaman, denda dan banyak lagi untuk disemak oleh pengetua setiap bulan. Di samping itu, masih banyak sekolah-sekolah masih mempraktikkan cara manual di dalam penyediaan borang, analisa dan rekod-rekod pinjaman yang menghabiskan masa emas guru yang mana boleh digunakan untuk tujuan yang lain.

Oleh itu Iman Twintec Technology dengan rasa berbesar hati ingin memperkenalkan kepada sekolah tuan/puan perisian yang dapat mambantu semua guru pusat sumber dalam melicin serta memudahkan kerja-kerja merekod borang, mencetak laporan serta mengeluarkan analisis dengan mudah. Sistem ini yang pertama di Malaysia dapat mengabungkan data SMMV4 dan Sistem Emis Online dengan stabil dan dapat mengeluarkan laporan mengikut standart yang diberi oleh PKG, BTPN dan KPM kurang dari 2 saat.

Disamping itu, sistem ini adalah terbaik dan mendapat sambutan serta telah digunakan sekolah-sekolah dibandar ataupun luar bandar. Oleh yang demikian adalah menjadi matlamat kami agar tuan/puan turut serta menerima faedah dari sumber yang berguna. Sekiranya pihak tuan/puan mempunyai pertanyaan bolehlah hubungi Mohd Iznan bin Azmi di talian 0139666062 untuk keterangan.


Sekian,terima kasih.

Yang benar,

Pengurus Iman Twintec Technology



MOTO :
HANYA GURU MEMAHAMI KEHENDAK GURU

MATLAMAT:
HANYA GURU INOVATIF KEBANGSAAN SAHAJA DAPAT MEMUDAHKAN KERJA GURU